Thursday, December 2, 2010

WOE di Desnity RO

1 Dec Rabu - Satu Perperangan Emperium telah berlangsung di Destiny Ragnarok Online. Destinyragnarok.com. Perperangan ini melibatkan persatuan dari M yang diketuai oleh Acab dan Persatuan WD yang diketuai oleh Tryz. Perperangan yang berlangsung selama satu jam itu menyaksikan persaingan yang sangat sengit. Ini kerana persatuan M hanya di wakili oleh tiga pejuang saja iaitu Acab (sinx), Bora Asmara (wizard) dan Rio (cretor). Persatuan WD telah diwakili oleh ramai pejuang. Tetapi dalam pertempuran itu, Persatuan M telah berjaya menakluki bendera perjuangan. Taniah di ucapkan kepada persatuan M yang gigih berjuang bersama pejuang-pejung. 

Wednesday, December 1, 2010

Bila Di Kerusi Pengarah

Dalam semua orang sedang berlumba-lumba mencapai cita-cita masing masing... Aku pun sama... Menjadi seorang penerbit dan pengarah filem dan drama. Sebelum nie, aku hanya tonton je drama atau filem. Tapi bila kita dah duduk kat kerusi pengarah, baru kita tahu... bukan senang nak handle. Kalau skrip cantik,talent pun berwibawa.. memang semua berjalan dengan lancar. Tapi, kalau skrip tu pelik sikit, talent terlebih berwibawa... memang pusing kepala pengarah nie. Sebelum nie aku hanya mengarah filem pendek pelajar je. Belum lagi mengarah untuk production luar. Mesti tekanan kan.. Tapi semua nie tak mematahkan semangat aku untuk mencapai cita-cita aku... Thx to my mentor Shahrulezad yang banyak mengajar aku.. Thx to my family and friend yang banyak memberi semangat kat aku. thx alot guys.

Tuesday, November 30, 2010

Pratikal Telemovie : Dimana Isteriku

Tugasan yang diberi oleh Pengarah aku untuk shooting kali nie adalah handle conty.(kesinambungan). Aku membantu Abang Meor untuk handle job nie. 1st Aku ingat senang kerja nie. Yela.. kerjanya Ambik gambar, pastu salin time code untuk editing nanti. Tapi, sebenarnya susah... kekadang aku terlepas pandang pada konti artis seperti kain tudung artis. Pergerakan artis. Bila Pengarah tanya je.. Aku tak tahu nak jawab apa.. Ye lah.. Kita cuai kan... Walaupun Konti nie nampak senang, jawatan dia tak besar mana... tapi, Dia antara individu penting dalam penerbitan. Kalau konti xada... memang berterabur jalan cerita nanti. Kesinambungan tak sama..
Sekarang, selesai sudah penggambaran Telemovie : Dimana Isteriku.. Aku masih lagi dalam proses pratikal, so.. aku tunggu jawatan yang lagi mencabar untuk aku nanti.. Yeah.