Thursday, December 9, 2010

Laporan Harian Metro Dimana Isteriku

Dimana Isteriku : Laporan Dari Metro.Ahli perniagaan yang berumur 55 tahun yang mempunyai seorang isteri, dua anak lelaki, Suhaimi , Sofean dan anak perempuan Sofean. Mereka menjalani kehidupan mewah, tetapi tidak bahagia, Borhan merasa ada kekurangan dalam hidupnya selama ini. Borhan juga mengharapkan isterinya Suhaili menjaga kebajikan anak-anak dan keluarga tetapi semua yang diharapkan tidak menjadi. Selain anak-anak  mereka ada perangai masing-masing, Suhaili juga lebih mementingkan statusnya sebagai orang kaya dan selalu keluar rumah. Pada suatu hari, Borhan jatuh sakit dan anak-anaknya tidak ingin bertanggungjawab dan ingin menghantar bapanya ke rumah orang tua.Borhan yang kecewa dengan sikap isteri dan anak-anaknya melarikan diri ke rumah orang tua. Di Rumah orang tua, Borhan berjumpa dengan Seri dan Jali yang banyak mengajar erti kehidupan berkeluarga. Pada masa sama, Borhan ingin mencari isteri pertamanya, Munirah kerana dibelenggu rasa bersala dan peristiwa hitam yang menyebabkan anaknya terbunuh dulu. Adakah Borhan akan berjumpa Munirah semula? Semuanya akan terjawab. Saksikan Dimana Isteriku slot Carekarama Jam 10 Malam di tv3 tarikh 11 Disember.

No comments:

Post a Comment